comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan maut dalam serangan rejm Zionis di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 13 wanita dan kanak-kanak maut dalam serangan tentera rejim Zionis di Kem Pelarian Nuseirat di Rafah.

Bedilan di wilayah sama turut menyaksikan sebuah pangsapuri ranap.

Serangan Dier al-Balah menyaksikan 37 mayat dan 118 mangsa yang cedera dalam tempoh beberapa jam lalu dihantar ke Hospital Al Aqsa.

Pihak hospital juga berdepan masalah dengan kekurangan bekalan ubat-ubatan serta ruang untuk merawat mangsa.

Bedilan ke atas daerah lain termasuk al-Mawasi di Khan Younis dilaporkan berlarutan sejak semalam.

Lapor media Al Jazeera, sejumlah penduduk lagi maut dalam bedilan tentera rejim ke atas sebuah kediaman di Beit Lahiya.

Angka kematian akibat kebuluran di Gaza pula kini menceah 25 orang membitkan bayi dan kanak-kanak.

Pada masa sama, ketegangan di Tebing Barat menyaksikan sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin ditahan tentera rejim termasuk seorang wanita di beberapa lokasi termasuk Ramallah, Nablus dan Beita. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini