comscore
Tumpuan :
Dunia

Rampasan dadah terbesar Polis Thai cecah RM38.42 juta

Foto: Reuters

BANGKOK: Polis Thailand merampas lebih 15 juta pil methamphetamine dan produk haram lain bernilai 300 juta baht (RM38.42juta) dan ia disifatkan sebagai tangkapan dadah terbesar setakat tahun ini.

Empat orang ditahan berhubung kes itu, termasuk 420 kilogram dadah kristal methamphetamine serta heroin di sebuah rumah di wilayah Nakhon Pathom, utara Bangkok.

Menurut Menteri Keadilan Tawee Sodsong, ini salah sebuah tempat penyimpanan dadah terbesar di tengah Thailand yang berada di kawasan komuniti.

Ketua polis, Jeneral Polis Torsak Sukvimol berkata nilai keseluruhan adalah ialah 300 juta baht dan memaklumkan dadah berkenaan dihasilkan di negara jiran.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan awal tahun ini berkata, pengedaran dadah sintetik di Asia Timur dan Tenggara kian meningkat, dengan jumlah tinggi methamphetamine masih dihasilkan dari wilayah Segitiga Emas sempadan menemukan Myanmar, Thailand dan Laos.

Foto: Reuters

Rantau ini mempunyai sejarah panjang pengeluaran dadah terlarang dan baru-baru ini berfungsi sebagai pusat pengeluaran besar-besaran untuk jenis amphetamine, terutamanya methamphetamine, yang digunakan oleh sindiket jenayah Asia dengan rangkaian pengedaran sehingga ke Jepun dan New Zealand.

Loading...
Terkini