comscore
Tumpuan :
Dunia

Ratu Elizabeth II Berada Di Bawah Pengawasan Doktor

Ratu Elizabeth II. – FOTO: APTN

LONDON: Istana Buckingham menjelaskan Ratu Elizabeth II berada di bawah pengawasan perubatan susulan doktor ‘prihatin terhadap kesihatan baginda’.

Pengumuman hari ini dibuat sehari selepas ratu berusia 96 tahun itu membatalkan mesyuarat Majlis Privy dan diminta untuk berehat.

Istana menjelaskan ratu itu ‘selesa’ dan terus berada di Istana Balmoral di Scotland, tempat baginda menghabiskan musim panas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss berkata seluruh negara sangat mengambil berat dengan berita dari Istana Buckingham.

“Ingatan saya dan rakyat di seluruh United Kingdom bersama Duli Yang Maha Mulia Ratu dan keluarga baginda pada masa ini,” katanya menerusi ciapan Twitter. – BERITA HARIAN / AP

Loading...
Terkini