comscore
Tumpuan :
Dunia

Ratusan tentera dikerah ke lokasi banjir di Croatia

Foto : Reuters

OBROVAC: Ratusan anggota tentera dikerah ke kawasan teruk terjejas akibat banjir di Croatia.

Lapor media antarabangsa, hujan lebat selama beberapa hari mengakibatkan kenaikan paras air dan tebing sungai pecah.

Kediaman dan premis perniagaan ditengglami air di beberapa bandar.

Malah terdapat laporan bekalan elektrik terputus di kawasan tertentu.

Selain menolong penduduk terjejas pasukan tentera juga bertindak membina benteng banjir.

Jabatan Meteorologi Tempatan meramalkan lebih banyak taburan hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Turut terjejas dengan banjir negara jiran Bosnia.  REUTERS / KRDO

Loading...
Terkini