comscore
Tumpuan :
Sukan

Van Der Sar alami pendarahan otak

Edwin Van Der Sar

LONDON: Edwin Van Der Sar dilaporkan mengalami pendarahan otak dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bekas bintang Manchester United berusia 52 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital ketika dia bercuti di pulau dekat Croatia.

Ajax menerusi satu kenyataan berkata: “Pada Jumaat, Edwin van der Sar mengalami pendarahan di sekitar otaknya.”Dia kini di hospital di Unit Rawatan Rapi dan berada dalam keadaan stabil. Jika terdapat maklumat lebih lanjut, situasi terkini mengenainya akan menyusul. Semua di Ajax mendoakan agar Edwin cepat sembuh.”

Fulham yang juga bekas kelab penjaga gol itu turut menghantar mesej di media sosial. “Semua di Kelab Bolasepak Fulham mendoakan agar Edwin cepat sembuh. Kami sentiasa bersama anda.

Manchester United turut menulis: “Menyampaikan kasih sayang kami dan kekuatan untuk anda, Edwin.”

Bintang Belanda itu pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama Ajax dan Manchester United.

Semasa di Old Trafford, dia tewas dua perlawanan akhir Eropah dengan salah satu daripadanya adalah dalam perlawanan terakhirnya menentang Barcelona pada 2011 sebelum bersara.

Loading...
Terkini