comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja, kanak-kanak sihat tidak wajib vaksin

FOTO: REUTERS

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminda saranan vaksin COVID-19 bagi fasa baharu pandemik.

Agensi itu mencadangkan remaja dan kanak-kanak sihat tidak lagi diwajibkan mengambil vaksin.

Sementara kumpulan usia berisiko dinasihatkan mendapatkan dos penggalak antara enam ke 12 bulan selepas vaksin terakhir mereka.

Pertubuhan itu memaklumkan, pindaan saranan bertujuan menumpukan usaha memvaksin golongan berdepan risiko penyakit kritikal dan kematian daripada COVID-19.

Ini berdasarkan kadar populasi tinggi dalam kalangan penduduk dunia susulan penularan jangkitan dan vaksinasi.

Tahun lalu, WHO memaklumkan penamat pandemik kian hampir.

Namun dalam sesi taklimat terbaharu ini, ia memaklumkan saranan ini tidak wajar dilihat sebagai panduan bagi jangka masa panjang.

Saranan baharu ini dikeluarkan ketika kebanyakan negara mengambil pendekatan berbeza dalam menangani jangkitan COVID-19.

Loading...
Terkini