comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut kuat badai Milan selepas gelombang haba

ITALI: Selepas beberapa hari menempuh cuaca panas, utara Milan tidak semena-mena dibadai ribut kuat beserta hujan batu di daerah Lombardy dan Veneto.

Visual yang dirakam orang awam menyaksikan hujan lebat luar biasa melanda Seregno selain kawasan berkenaan mulai banjir.

Rakaman dari sebuah apartmen menunjukkan air dengan ketulan hujan batu membasahi balkoni dan turut membanjiri jalan raya.

Cuaca di kawasan terjejas diramalkan akan menjadi sejuk untuk beberapa hari akan datang.

Sementara itu, gelombang haba diramal bakal berterusan di selatan negara itu dengan suhu di Sicily kini direkodkan pada 40 darjah selsius.

Datuk bandar Veneto, Luca Zaia mengisytiharkan darurat selepas 110 orang dilaporkan mengalami strok haba akibat cuaca ekstrem.

Loading...
Terkini