comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut semakin ‘mengganas’ di California 

FOTO: REUTERS

CALIFORNIA: Ribut kuat disertai angin kencang dan salji lebat yang membadai seluruh California kini masuk hari kedua.

Ekoran bencana alam itu, puluhan ribu terpaksa hidup bergelap apabila terputus bekalan elektrik selain jalan raya juga tidak dapat dilalui ekoran dinaiki air bah.

Ribut kali ini turut mengakibatkan ombak terbesar melanda California dengan kawasan rendah seperti Santa Cruz dibanjiri air.

Laluan pejalan kaki di kawasan terjejas juga tidak dapat digunakan buat masa ini apabila ombak turut membadai sehingga ke kawasan pedalaman.

Arahan pemindahan turut dikeluarkan di pekan pinggir pantai seperti Santa Cruz dengan pihak berkuasa menutup laluan Route 1 sepanjang lebih 88 km.

Cuaca musim sejuk melampau kali ini merupakan yang terkuat pernah membadai California sejak awal minggu lalu.

Loading...
Terkini