comscore
Tumpuan :
Dunia

Rizab pertukaran asing China berjumlah AS$3.2224 trilion

Foto fail Reuters

BEIJING:  Rizab pertukaran asing China berjumlah AS$3.2224 trilion pada akhir Jun 2024, menurut data rasmi yang diumumkan pada Ahad, lapor Xinhua.

Jumlah itu menyusut sebanyak 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China (SAFE).

Dijejaskan oleh pelbagai faktor seperti dasar monetari ekonomi utama, jangkaan pasaran dan data makroekonomi, indeks dolar AS dan harga aset kewangan global meningkat pada Jun, menurut SAFE.

Ekonomi China telah mengekalkan momentum pemulihan dan pembangunan berkualiti tinggi yang kondusif untuk menyokong kestabilan rizab pertukaran asing negara.

Menurut data yang dikeluarkan pada Ahad oleh People’s Bank of China, rizab emas negara kekal tidak berubah pada Jun iaitu 72.8 juta auns, bersamaan dengan kira-kira AS$169.7 bilion. — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini