comscore
Tumpuan :
Dunia

Rompakan kasut RM58,000 sia-sia

FOTO: NY Post

PERU: Usaha merompak 200 kasut pelbagai jenama yang berjumlah hampir RM58,000 berakhir sia-sia apabila penjenayah berkenaan rupanya tersalah langkah.

Suspek melibatkan tiga individu itu dilapor memecah masuk sebuah kedai kasut di Hauncayo dan mencuri sejumlah kasut yang besar, namun hanya sebelah kanan kasut yang dicuri.

Situasi itu pastinya mustahil buat mereka untuk menjual kasut yang dicuri itu berikutannya hanya sebelah kasut yang ada.

Visual rakaman CCTV menunjukkan ketiga-tiga suspek adalah perompak amatur memandangkan mereka dilihat terkial-kial untuk menceroboh masuk ke dalam premis pada waktu tengah malam.

FOTO: NY Post

Hasil rompakan juga turut dilarikan dengan basikal roda tiga.

Dalam pada itu pihak polis turut memberitahu, selain visual di lokasi kejadian, cap jari tangan turut diperoleh sekaligus memudahkan usaha memburu suspek.

Loading...
Terkini