comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia lakukan serangan baharu ke atas Odessa

Serangan di Donetsk. – FOTO: REUTERS

MOSCOW: Rusia sekali lagi menyerang wilayah Odessa di Laut Hitam di selatan Ukraine dengan peluru berpandu dan dron pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Tentera Udara Ukraine.

Pertahanan udara di wilayah itu dan bandar pelabuhan diaktifkan, menurut portal berita Ukraine Ukrainska Pravda memetik tentera udara dan pentadbiran tentera wilayah.

Beberapa letupan dilaporkan berlaku di Odessa.

Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine sejak lebih 17 bulan lepas, dengan pelabuhan Laut Hitam dan kawasan sekitar Odessa menjadi sasaran selepas Rusia mengumumkan penamatan perjanjian penghantaran bijirin Ukraine pada Julai lepas. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini