comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia sedia berdamai jika Ukraine…..

FOTO: Reuters

MOSCOW: Rusia akan melaksanakan genjatan senjata dan memulakan rundingan damai jika Ukraine bersedia membatalkan cita-cita menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan berundur dari empat wilayah Ukraine yang dituntut oleh Moscow.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, pihaknya bersedia memberi jaminan pengunduran selamat tentera Ukraine bagi memastikan rundingan damai menjadi kenyataan.

Jaminan diberikan Putin itu pada malam sebelum Sidang Kemuncak Keamanan Ukraine yang diadakan di Switzerland dengan lebih 90 negara dan organisasi akan membincangkan jalan ke arah keamanan di Ukraine.

Rusia tidak diundang dan pada masa sama menyatakan perhimpunan itu hanya buang masa.

Rusia menguasai hampir satu perlima wilayah Ukraine pada tahun ketiga perang.

Bagaimanapun menurut Ukraine, keamanan hanya boleh berlaku berdasarkan penarikan sepenuhnya tentera Rusia dan pemulihan integriti wilayahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini