comscore
Tumpuan :
Dunia

Sekurang-kurangnya 100 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam

FOTO: Ramy Abdu/ X

GAZA: Sekurang-kurangnya 100 penduduk Palestin terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam serangan terbaharu tentera Zionis di Gaza.

Serangan termasuk ke atas lokasi Pertubuhan Kebajikan Al Salam yang menjadi rakan kongsi Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO Malaysia bagi saluran bantuan tajaan anak yatim Palestin.

Serangan ke atas bangunan di Kem Pelarian Jabalia itu meragut sekurang-kurangnya16 nyawa dan mengakibatkan puluhan lagi cedera

Dalam pada itu, salah sebuah hopsital yang masih beroperasi di Gaza terpaksa ditutup setelah diserbu tentera rejim

Selain mengakibatkan beberapa orang cedera, tentera rejim turut menahan doktor, kakitangan perubatan malah pesakit yang mendapatkan rawatan

Serangan di Khan Younis pula meragut 12 nyawa selepas tentera rejim membedil sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin

Pada masa sama, Kumpulan Hak Asasi Manusia EURO-MED berkata 71 peratus penduduk Gaza kini berdepan kelaparan melampau

Manakala 64  peratus tinajaun mendapati, penduduk memakan rumput dan makanan melebihi tarikh luput kerana terlalu lapar. – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini