comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Seluruh Gaza dibom zionis, tidak peduli bantahan antarabangsa

GAZA: Memasuki hari ke-69 perang Israel-Palestin, sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dalam serangan rejim zionis di Khan Younis.

Wanita dan kanak-kanak antara mangsa susulan serangan berhampiran sekolah UNRWA yang menempatkan pelarian.

Operasi bantuan kemanusiaan berada di ambang kehancuran.

Sukar untuk memastikan operasi ini berjalan lancar berdasarkan situasi terkini.

Beberapa serangan juga menyasarkan pusat dan utara bandar Khan Younis.

Satu daripada empat mayat ditemui di bawah runtuhan.

Di Jabalia, kementerian kesihatan Gaza berkata, tentera Israel menyerbu hospital, menahan dan mendera kakitangan perubatan serta menghalang mereka daripada merawat pesakit yang cedera.

Dua daripadanya maut.

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang sakit meninggal dunia selepas tentera Israel menghalangnya daripada dibawa ke hospital.

Selasa lalu, tentera Israel sekali lagi melancarkan pencerobohan mereka ke bandar utara Jenin dan kem pelarian.

Tentera Israel juga mendakwa sudah merampas berpuluh-puluh senjata dan membongkar beberapa makmal membuat bom.

Pertempuran juga semakin sengit di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Serbuan tentera semakin kerap dan lebih ramai mangsa terbunuh atau cedera.

Loading...
Terkini