comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Selepas Facebook & Amazon, giliran Microsoft laksana pemberhentian pekerja

Foto: Microsoft

WASHINGTON D.C: Selepas Facebook dan Amazon, sebuah lagi syarikat gergasi perkomputeran, Microsoft Corp pula mengikut jejak langkah apabila mengumumkan pemberhentian lebih 10,000 kakitangannya dalam tempoh terdekat.

Dalam satu kenyataan, langkah penamatan terbabit mampu menjimatkan kos syarikat AS$1.2 bilion sekali gus membolehkannya mendepani cabaran ekonomi tidak menentu khususnya tahun ini.

Menurut kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella, Microsoft kini memasuki fasa baharu strategi perniagaannya dengan perancangan jangka masa panjang adalah menjana teknologi digital menerusi kecerdasan buatan, AI.

Langkah pemberhentian kerja itu bagaimanapun menurut Nadella hanya memberi kesan terhadap kurang daripada 5% jumlah tenaga kerja Microsoft dan dijangka selesai akhir Mac.

Susulan pengumuman terbabit, saham Microsoft dilaporkan jatuh 2% semalam.-SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini