comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang maut, bayi antara 12 cedera dalam serangan di Dnipro

FOTO: Reuters

UKRAINE: Seorang terbunuh manakala 12 lagi cedera termasuk bayi berusia tujuh bulan dalam serangan ke atas sebuah pangsapuri di Dnipro, Ukraine.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko angka korban dijangka akan terus meningkat dengan ramai lagi masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Serangan ke atas bangunan 9 tingkat itu menyebabkan empat aras di bahagian atas runtuh.

Serangan turut mengakibatkan kebakaran namun api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

Tiga mangsa yang dilaporkan cedera berada dalam keadaan kritkal.

Dnipro bandar dengan populasi hampir sejuta penduduk praperang sering menjadi sasaran bedilan rokat dan dron sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula pada Februari 2022.  – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini