comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan dron Rusia musnahkan bekalan kuasa Odessa

FOTO : Reuters

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, mendakwa bekalan kuasa bagi semua infrastruktur tidak kritikal di pelabuhan Odesa, Ukraine terputus akibat serangan Rusia ke atas dua kemudahan tenaga, menggunakan dron buatan Iran.

Menurutnya, baik pulih kerosakan itu mungkin mengambil masa beberapa bulan, selain menanggarkan lebih 1.5 juta penduduk di wilayah sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik, dan menyifatkan keadaan itu amat sukar terutama ketika musim sejuk.

Moscow menyasarkan infrastruktur tenaga Ukraine dengan peluru berpandu dan serangan dron, sejak Oktober lalu.

Pentadbiran wilayah berkata, penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada elektrik wajar mempertimbangkan untuk berpindah, selain memaklumkan serangan Russia memusnahkan laluan penghantaran dan peralatan utama.

Ramalan awal mendapati, ia akan mengambil lebih banyak masa untuk memulihkan kemudahan tenaga di wilayah Odesa berbanding selepas serangan sebelumnya.

Odesa, bandar pelabuhan terbesar di Ukraine, mempunyai lebih sejuta penduduk sebelum serangan Russia pada 24 Februari lalu.

Kyiv mendakwa Russia melancarkan ratusan dron Shahed-136 buatan Iran ke Ukraine dan menyifatkan ia sebagai jenayah perang yang memberi kesan kepada orang awam.

Bagaimanapun,Moscow mendakwa ia sah dari segi ketenteraan.

Sementara itu, angkatan bersenjata Ukraine melaporkan, 10 daripada 15 dron yang dilancarkan ke selatan Odesa dan Mykolaiv, ditembak jatuh.

Loading...
Terkini