comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan mengejut pejuang Hamas, mahu tamatkan penindasan rejim Zionis

FOTO: Reuters

GAZA: Video yang diperoleh agensi berita Reuters menunjukkan pejuang Hamas memandu kenderaan tentera Israel yang ditawan di Gaza disambut dengan sorakan gemuruh dan gembira oleh penduduk Palestin Gaza.

Kenderaan tentera Israel itu ditawan semasa pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas wilayah yang diduduki pendatang Israel.

Menerusi satu kenyataan, pemimpin sayap tentera Hamas, Mohammed Deif berkata, lebih 5,000 roket dilancarkan ke Israel pada awal pagi semalam bagi memulakan operasi tersebut.

FOTO: Reuters

Deif sebelum ini sudah beberapa kali terselamat daripada ancaman bunuh oleh Israel dan tidak membuat penampilan umum.

Pergerakan Pejuang Hamas dillapor melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas Israel dalam tempoh beberapa tahun;

yang menggabungkan pasukan bersenjata melintasi sempadan dan bedilan ribuan serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Ketika siren amaran dibunyikan di seluruh selatan dan tengah wilayah diduduki Israel, termasuk di Baitulmaqdis;

tentera Israel dikatakan telah berada di medan peperangan ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memanggil mesyuarat tergempar pegawai keselamatan.

Insiden serangan hari ini adalah yang paling serius sejak Israel dan Hamas berperang selama 10 hari pada tahun 2021. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini