comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan peluru berpandu ragut tiga nyawa di Odesa

FOTO: Reuters

UKRAINE: Serangan peluru berpandu Rusia ke atas beberapa lokasi di Odesa, Ukraine meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa dan mencederakan 13 yang lain

Tentera Ukraine dalam kenyataannya memberitahu, dua roket berjaya dimusnahkan sebelum terkena sasaran.

Pertempuran mengakibatkan kemusnahan kepada pusat perniagaan, institusi pengajian, pangsapuri, kedai makan dan premis perniagaan lain.

Mangsa yang maut pula ketika kejadian sedang bekerja di sebuah gudang.

Bedilan mengakibatkan gudang terbabit terbakar dengan beberapa individu lagi cedera. – REUTERS

Loading...
Terkini