comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan tidak berakhir selagi tidak ‘takluki’ wilayah Palestin – Netanyahu

Foto: Reuters

TEL AVIV: Terus angkuh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar tidak akan mengakhiri serangan sehingga menakluki sepenuhnya wilayah Palestin ditadbir Hamas.

Katanya fasa pertempuran sengit berdepan Hamas di Gaza akan berakhir, namun perang akan diteruskan dengan mengerah lebih banyak pasukannya di sepanjang sempadan utara dengan Lubnan.

Misinya selepas ini bertempur dengan pejuang Hizbullah yang disokong Iran.

Foto: Reuters

Seperti biasa alasan Netanyahu berperang adalah untuk membawa pulang rakyatnya dengan selamat.

Namun segala langkah diambil hanya memburukkan keadaan dan dikecam rakyatnya sendiri, termasuk disifatkan pentadbiran terburuk dalam sejarah.

Netanyahu sebelum ini juga mengulangi penolakannya terhadap cadangan, agar Pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin berpangkalan di Tebing Barat mengendalikan Gaza menggantikan Hamas.

Justeru ia jelas, tujuan rejim itu adalah untuk menjajah kawasan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini