comscore
Tumpuan :
Dunia

Tanah runtuh ragut 16 nyawa di Ecuador

FOTO: AFP

ALAUSI: Sekurang-kurangnya 16 maut dalam tragedi tanah runtuh di selatan Ecuador setelah hujan lebat berlarutan selama berbulan-bulan.

Menurut sekretariat pengurusan risiko, SNGR, kejadian berlaku pada lewat malam waktu tempatan.

Bencana alam berkenaan menyebabkan puluhan rumah tertimbus, sekaligus menjejaskan kira-kira 500 penduduk di perkampungan Alausi, wilayah Chimborazo.

16 orang turut cedera dipercayai dihempap timbunan tanah dan lumpur.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso dalam satu ciapan di Twitter rasminya mengarahkan anggota bomba segera ke Alausi bagi membantu penduduk kampung yang terjejas.

Kejadian tanah runtuh terbabit berlaku lebih seminggu selepas gempa bumi kuat yang meragut 15 nyawa di wilayah barat daya yang bersempadan dengan Peru.

Loading...
Terkini