comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel bunuh 15 orang di ibu negara Syria

Foto: REUTERS CONNECT

BEIRUT: Serangan udara Israel di Syria mengorbankan 15 orang dan merosakkan bangunan di daerah Damsyik yang menempatkan beberapa agensi keselamatan negara.

Orang awam, termasuk dua wanita antara yang terbunuh dalam serangan Israel yang paling dahsyat di ibu negara Syria setakat ini.

Serangan itu merosakkan bangunan 10 tingkat berhampiran pusat kebudayaan Iran di daerah Kafr Sousa, yang menempatkan pegawai kanan dan ibu pejabat perisikan Syria.

Sasaran sebenar serangan tidak diketahui namun AFP melaporkan terdapat kesan kawah besar dan sisa runtuhan serta tingkap bangunan berdekatan turut musnah.

Peluru berpandu lain meletupkan gudang milik pejuang Iran dan Hizbullah pro-rejim berhampiran Damsyik, kata pejabat pemantau yang bergantung pada rangkaian luas sumber di dalam Syria.

Kementerian pertahanan Syria mengesahkan angka awal kematian termasuk seorang askar, dan 15 orang awam yang cedera serta beberapa daripada mereka dikatakan berada dalam keadaan kritikal susulan serangan di Kafr Sousa sejurus selepas tengah malam itu.

Di Tehran, jurucakap kementerian luar Nasser Kanani mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis terhadap sasaran di Damsyik dan pinggir bandarnya, termasuk terhadap bangunan kediaman tertentu.- AFP

Loading...
Terkini