comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand batal ‘caj pelancongan’

FOTO: Reuters

BANGKOK: Thailand membatalkan rancangan untuk melaksanakan caj pelancongan sebanyak 300 baht (AS$8.20) untuk pelawat yang tiba di negara itu melalui udara.

Perdana Menterinya, Srettha Thavisin mengumumkan keputusan kerajaan untuk menggugurkan rancangan itu ketika lawatan ke Chiang Mai Sabtu lalu.

Jelas Sretta, caj itu dimansuhkan dengan rasional bahawa penghapusannya boleh menggalakkan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi.

Ia sekali gus memberikan rangsangan lebih besar kepada pelbagai ekonomi.

Kerajaan Thailand sebelum ini meluluskan yuran yang mencetus kontroversi pada Februari 2023.

Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri negara itu, pada waktu itu yuran yang dikenakan akan ‘digunakan untuk mengurus dan membangunkan sektor pelancongan’.

Bagaimanapun, bayaran itu berdepan tentangan sektor swasta, kata Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan.

Thailand merancakkan usaha bagi meningkatkan sektor pelancongan negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bulan lalu, kerajaannya meluluskan tempoh tinggal visa lebih lama untuk pelancong, penuntut lepasan ijazah dan pekerja jauh serta syarat visa yang lebih baik untuk pesara.

Mulai bulan ini, pengembara dari 93 negara dibenarkan tinggal di negara itu untuk tempoh 60 hari, meningkat daripada 57 negara sebelumnya, manakala lebih banyak lagi akan layak mendapat visa ketibaan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand baru-baru ini melancarkan kempen ‘Amazing Thailand: Your Stories Never End’, yang fokus pada perjalanan mewah sambil mengetengahkan tarikan budaya dan semula jadi negara itu serta mempromosikan negara itu sebagai destinasi kesejahteraan dan pengembaraan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini