comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand optimis diterima sertai BRICS

Foto: REUTERS

BANGKOK: Thailand secara rasmi menghantar surat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan yang dikenali sebagai BRICS.

Jurucakap Kementerian Luar, Nikorndej Balankura berkata surat itu dikemukakan minggu lalu dan masih menunggu jawapan balas pihak berkaitan.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China, manakala Afrika Selatan menyertai kumpulan berkenaan pada 2010.

BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global termasuk satu perlima perdagangan global dan mewakili sekitar 40 peratus penduduk dunia. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini