comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga cedera dalam serangan udara tentera Israel di Syria

HOMS: Tiga orang awam cedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel ke Syria.

Serangan dilaporkan awal pagi tadi di beberapa lokasi di sekitar bandar Homs.

Sebuah stesen minyak serta beberapa trak dan lori langki turut terbakar.

Lapor agensi media SANA, beberapa bedilan roket berjaya dipintas sistem pertahanan udara tentera Syria.

Dalam pada itu, sebuah badan hak asasi manusia yang berpangkalan di United Kingdom mendedahkan, serangan turut memusnahkan sebuah depoh senajata milik kumpulan Hezbollah.

Ia adalah serangan kedua tentera Israel ke atas lokasi sama dalam tempoh sebulan.

Tiada maklum balas pihak tentera Israel setakat ini  – AFP / AL JAZEERA

Loading...
Terkini