comscore
Tumpuan :
Dunia

Tindakan undang-undang jika UK gagal henti jual senjata kepada Israel – NGO Palestin

Kanak-kanak berada dalam ambulans di Hospital Shifa selepas serangan udara rejim Zionis ke atas Hospital Al-Ahli. – FOTO: REUTERS

LONDON: Sebuah kumpulan hak asasi rakyat Palestin mengancam tindakan undang-undang terhadap Britain melainkan negara itu membatalkan semua lesen eksport senjata ke Israel, yang dikatakan telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan pengebomannya ke atas Semenanjung Gaza.

Al-Haq dalam suratnya kepada Menteri Perdagangan, Kemi Badenoch pada Isnin, meminta beliau mengesahkan bahawa tiada senjata negara itu digunakan di Israel/ Palestin atau menentang Palestin.

Katanya, Britain harus segera menggantung dan/atau membatalkan semua lesen yang masih ada kepada Israel dan berjanji untuk tidak memberikan sebarang lesen lagi sehingga Israel berhenti melanggar undang-undang antarabangsa.

“Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dengan serangan udara yang membunuh kira-kira 3,000 rakyat Palestin, dan menghalau kira-kira separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza dari rumah mereka.

Jika ia tidak menerima maklum balas penuh pada 30 Oktober, peguam Al-Haq berkata kumpulan itu akan  mengambil tindakan undang-undang terhadap Britain kerana melesenkan eksport senjata secara menyalahi undang-undang yang boleh digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa.

Kumpulan itu berkata terdapat “bukti jelas bahawa Israel telah berulang kali dan serius melanggar undang-undang antarabangsa dalam 10 hari terakhir ini sahaja” sejak serangan Hamas ke atas Israel.

Kempen Menentang Perdagangan Senjata (CAAT) turut menggesa penggantungan segera semua lesen untuk eksport senjata ke Israel.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Perniagaan dan Perdagangan dilaporkan berkata pada masa ini tidak ada rancangan segera untuk menghentikan lesen eksport senjata ke Israel.

“Semua lesen eksport disimpan di bawah semakan berterusan, dengan permohonan dinilai kes demi kes berdasarkan kriteria yang ketat.

“Kedutaan Israel di London tidak segera membalas permintaan untuk mengulas. – REUTERS

Loading...
Terkini