comscore
Tumpuan :
Dunia

Turkiye sedia sambung kembali rundingan anggota baharu NATO

ANKARA: Selepas menggantung rundingan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lebih dua bulan, Turkiye akhirnya setuju melanjutkan rundingan berkenaan dengan Sweden dan Finland.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan yang mengakui langkah kedua-dua negara terabbit menangani kebimbangan berkaitan keselamatan adalah positif selain bersedia mengambil langkah konkrit dalam memenuhi tuntutan Ankara.

Meskipun ada sinar baharu dalam memulakan rundingan kembali, perkara terbabit masih belum cukup buat Ankara meratifikasi keanggotaan Sweden dan Finland dalam NATO.

Januari lalu, rundingan keanggotaan NATO digantung susulan kontroversi bakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.

Sebelum itu, Turkiye enggan meratifikasi keanggotaan Sweden dan Finland sebagai ahli baharu NATO susulan dakwaan kedua-dua negara melindung anggota Parti Pekerja Kurdistan yang dilabel sebagai pengganas oleh Ankara. – AFP

Loading...
Terkini