comscore
Tumpuan :
Dunia

UK mungkin tempatkan kapal perang secara tetap di Indo-Pasifik


LONDON: United Kingdom sedang mempertimbangkan untuk menempatkan kapal perang di wilayah Indo-Pasifik secara tetap.

Lapor akhbar The Times yang memetik sumber, masa depan negara itu adalah di Asia.

Tambah sumber itu, UK perlu mempunyai kehadiran di Pasifik untuk menghalang China melakukan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menceroboh Taiwan.

UK merancang menugaskan sekurang-kurangnya satu frigat ‘Type-31’, yang akan menjadi penentu penting selepas lima dekad kuasa tentera UK merosot di timur Suez.

Terdahulu, Jepun menyambut baik pembabitan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang semakin meningkat dalam hal ehwal Indo-Pasifik walaupun pemimpin dan Perdana Menteri Jepun tidak mengambil bahagian pada sidang kemuncak NATO dan mesyuarat menteri sehingga tahun lalu.

Pada April 2023, Menteri Luar Jepun menghadiri mesyuarat menteri NATO dan negara itu menubuhkan misi diplomatik tetapnya ke blok itu. -BERNAMA

Loading...
Terkini