comscore
Tumpuan :
Dunia

Ukraine tuduh Rusia letupkan empangan Kakhovka 

FOTO: Reuters

NOVA KAKHOVKA: Tentera Rusia didakwa meletupkan sebuah empangan di selatan Ukraine.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh wakil kerajaan Rusia di Nova Kakhovka.

Malah pihak Ukraine dituduh bertanggungjawab di atas insiden terbabit.

Empangan Kakhovka penting bagi menyalurkan sumber air ke kawasan dikawal Rusia, di Crimea

Jumlah kerosakan serta kemusnahan akibat letupan itu bagaimanapun sedang diteliti pihak berkuasa.

Setakat ini, lapan kawasan berhampiran Sungai Dnipro sudah dilimpahi air.

Pihak tentera Ukraine pada masa sama menggesa penduduk agar bersiap sedia untuk berpindah susulan kenaikan paras air.

Dianggarkan kira-kira 16,000 penduduk berada di zon kritikal berhampiran tebing sungai di wilayah Kherson

Penduduk juga disaran menutup semua peralatan elektirk dan mengambil semua dokumen penting serta langkah – langkah waspada lain.  – AL JAZEERA

Loading...
Terkini