comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Universiti Al-Azhar Palestin dibom, sekurang-kurangnya 12 terbunuh

GAZA: Universiti Al-Azhar cawangan Palestin musnah sekelip mata dalam serangan  terbaharu yang dilancarkan tentera Israel di tengah-tengah pusat pentadbiran Gaza.

Siasatan awal mendapati sekurang-kurangnya 12 terkorban manakala lebih 50 cedera, setakat ini.

Jumlah mangsa dijangka terus meningkat, memandangkan ramai yang terperangkap di bawah runtuhan.

FOTO: X

Angka sebenar rakyat Palestin yang berlindung di bangunan institusi pendidikan terbesar Gaza itu masih belum diketahui.

Rentetan serangan semalam, rejim Zionis mengeluarkan kenyataan mendakwa terdapat pelancar roket Hamas berada di dalam kawasan universiti itu.

Bangunan universiti yang dibina pada 1991 itu sebenarnya dikendalikan Fatah, penentang utama Hamas yang langsung tidak pernah mempunyai sebarang kawalan ke atas fasiliti pendidikan itu.

Kerajaan Oman sementara itu, mendesak Israel segera dihadapkan ke muka pengadilan di atas jenayah perang yang dilakukan ke atas rakyat Palestin tanpa henti.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini