comscore
Tumpuan :
Dunia

Wanita hidap kanser ditahan Israel dilarang bawa ubat

Tentera Israel menahan rakyat Palestin. FOTO: WAFA

RAMALLAH: Seorang wanita yang menghidap kanser  antara 16 rakyat Palestin yang ditahan tentera penceroboh Israel di Tebing Barat pada Sabtu.

Ia menjadikan jumlah penduduk Palestin yang ditahan sejak  7 Oktober lalu seramai 4,520 orang, menurut kumpulan tahanan Palestin.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan wanita itu dikenali sebagai Faten Majed Masalmeh, 21, berasal dari Gaza tetapi kini berkahwin dan menetap di Tebing Barat.

Dia ditahan di pusat pemeriksaan tentera di selatan bandar Nablus, utara Tebing Barat selepas mendapatkan rawatan perubatan.

Menurut suaminya yang berada di lokasi kejadian, isterinya dipercayai ditahan kerana berasal dari Gaza, walaupun menetap di Tebing Barat sejak tiga tahun lalu.

Katanya, tentera tidak membenarkan Faten membawa ubat  bersamanya.

Rakyat Palestin turut ditahan di Bethlehem, Jericho, Tulkarm, Ramallah, Hebron  dan Baitulmaqdis.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini