comscore
Tumpuan :
Dunia

WHO gusar krisis kesihatan meruncing di Tebing Barat

Foto: Reuters

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) menyatakan kegusaran berkenaan krisis kesihatan yang kian meruncing di Tebing Barat.

Menurut badan itu, keganasan dan serangan terhadap infrastruktur kesihatan terus memuncak sekali gus menghalang akses perubatan.

Justeru dalam satu kenyataan, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB itu menggesa perlindungan segera dan aktif terhadap orang awam serta penjagaan kesihatan dipertingkat.

Keganasan memuncak di Tebing Barat termasuk di Baitulmaqdis Timur sejak keganasan di Gaza meletus pada 7 Oktober sehingga 10 Jun lalu.

521 rakyat Palestin terkorban termasuk 126 kanak-kanak.

Bagaimanapun, pegawai Palestin menganggarkan angka kematian di Tebing Barat jauh lebih tinggi, dengan sekurang-kurangnya 545 rakyat Palestin dibunuh oleh rejim atau peneroka Israel.

Selain kematian, lebih 5,200 mangsa termasuk 800 kanak-kanak cedera.

WHO juga memberi amaran krisis itu menambah derita trauma dan membebankan penjagaan kecemasan yang meningkat saban hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini