comscore
Tumpuan :
Dunia

Wilayah Sumy di Ukraine kembali dibedil tentera Rusia

Foto Reuters

KYIV: Wilayah Sumy di timur laut Ukraine, yang terletak berhampiran sempadan Rusia, sekali lagi menjadi sasaran serangan Rusia, menurut pentadbiran tentera serantau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pentadbiran tentera di Telegram berkata 11 letupan direkodkan sepanjang Ahad. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan infrastruktur awam dilaporkan.

Disebabkan serangan berterusan Rusia, tentera Ukraine menggesa penduduk di daerah sempadan di wilayah timur laut Sumy untuk melarikan diri pada akhir Jun.

Ukraine mempertahankan negara itu daripada pencerobohan Rusia selama lebih 16 bulan. Wilayah Sumy sebahagian besarnya berada di bawah kawalan Rusia selama beberapa minggu pada permulaan perang.

Pada Mei, pejuang yang disokong Ukraine mara dari wilayah Sumy ke wilayah berjiran Belgorod di Rusia dan bertempur dengan pasukan keselamatan Rusia.

Bagaimanapun, mereka berundur kembali ke wilayah Ukraine tidak beberapa lama kemudian. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini