comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Kapal terbang kawalan jauh ciptaan anak jati Johor tembusi pasaran antabangsa

Varian kapal DEBAB

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Selepas 10 tahun berusaha, akhirnya impian seorang juruteknik kelahiran Johor mencipta kapal terbang kawalan jauh menjadi kenyataan.

Lebih membanggakan hasil ciptaan Hazanie Abd Hamid, 48 tahun kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Emiriah Arab Bersatu, Dubai,

Menurut Hazanie, beliau hampir putus asa apabila lebih 30 kapal terbang kawalan jauh yang dicipta gagal berfungsi dan diterbangkan.

Hazanie bersama kapal terbang kawalan jauh ciptaanya.

Namun hasil dorongan rakan-rakan dan ahli keluarga, akhirnya anak beliau berjaya menerbangkan kapal terbang sulongnya yang diberi nama debab.

Katanya, pengalaman sebagai juruteknik selain minat mendalam dalam bidang inovasi mendorong beliau berusaha lebih gigih.

“Saya dah hampir putus asa apabila lebih 30 biji kapal terbang yang saya buat gagal diterbangkan. Tapi ia tetap teruskan kerana saya yakin mampu menerbangkan” katanya.

Berkat kesabaran selama 10 tahun akhirnya beliau berjaya mencipta dan menerbangkan kapal terbang pertamanya.

Ditanya kenapa diberi nama debab, Hazanie menjelaskan, idea itu tercetus selepas melihat kapal terbang kargo terbesar milik Rusia yang dikenali sebagai Antonov An- 124 100.

Susulan kejayaan itu, beliau telah berusaha memberi nilai tambah kepada ciptaanya menerusi ilmu yang dipelajari dalam talian.

Hingga kini Hazanie telah mencipta lebih 100 kapal terbang yang menerima sambutan dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong asing.

Antara Kapal terbang ciptaannya dinamakan debab A4 Skyhawk, Debab Tom Cat, Fatty Flying Ship, Debab Sukhoi dan Debab Macross.

Ciptaan terbaru beliau dikenali sebagai VTOL FlyingShip yang mampu bergerak atas permukaan air dan mampu terbang di udara.

Kejayaan itu menarik perhatian seorang pembeli dari Dubai yang telah membuat tempahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini