comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

‘Kelembutan’ Sutera berjaya pikat hati juri pada hari kedua SFMM38

SHAH ALAM: Lagu ‘Sutera’ ciptaan bersama Aisha Retro dan MFMF, manakala lirik ditulis sepenuhnya Aisha Retno berjaya memikat hati juri selepas diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), di sini, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Aisha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Lagu nyanyian Ernie Zakri, ‘Astana’ pula dipilih sebagai Lagu Pilhan Alha Alfa yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 selepas meraih undian tertinggi daripada penonton.

Turut bersaing pada hari kedua SFMM38 adalah lagu Korbankan Kita (Mojo), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alya), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim) dan Kalam (Shiha Zikir).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini