comscore
Tumpuan :
Baca Berita Challenge

Jom sertai #BacaBeritaChallengeTV3 2023

#BacaBeritaChallengeTV3 kembali lagi. Sertai sekarang dan anda berpeluang merasai pengalaman membaca berita di Sri Pentas!

 

CARA PENYERTAAN

  • Cipta video duet anda bersama penyampai Buletin TV3 menggunakan skrip berita yang disediakan di TikTok rasmi Buletin TV3.

  • Muat naik video duet ke akaun TikTok anda bersama #BacaBeritaChallengeTV3 dan tag akaun rasmi @BuletinTV3

  • Isi borang penyertaan ini. Penyertaan tanpa borang tidak akan dikira.

     

TERMA & SYARAT

  • Hanya video bersama #BacaBeritaChallengeTV3 yang menggunakan skrip kami di TikTok dan di laman rasmi Buletin TV3 sahaja yang layak bertanding.

  • Anda boleh memuat naik seberapa banyak video penyertaan namun hanya layak memenangi satu hadiah.

  • Potensi untuk menang lebih tinggi sekiranya video anda mendapat jumlah tontonan yang memberangsangkan.

  • Rakaman video tidak kurang daripada 50 saat.

  • Hanya video yang dimuat naik sebelum jam 11:59 malam pada 23 Jun 2023 sahaja yang layak bertanding.

  • Anda perlu mempunyai akaun TikTok dengan status ‘public’.

 

HADIAH

  • 10 orang pembaca berita terbaik akan dijemput ke Sri Pentas untuk merasai pengalaman membaca berita secara profesional di studio kami, lengkap berpakaian dan solekan seperti pembaca berita sebenar!

  • Rakaman sesi tersebut akan dimuat naik ke platform YouTube Buletin TV3.

  • Para pemenang juga berpeluang untuk muncul di Buletin Utama dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Buletin TV3.

 

SKRIP BERITA

Pilih skrip berita anda di sini. Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan namun perlu mengisi borang berbeza (satu borang untuk satu penyertaan sahaja).

SENARAI PEMENANG

Berikut senarai penuh pemenang #BacaBeritaChallengeTV3 2023:

Loading...
Terkini