comscore
Tumpuan :
Hiburan

Mat Kilau Enggan Hadir Tayangan Gala Di Indonesia

Oleh Buletin Tv3

PETALING JAYA: Gara-gara panggilannya tidak dijawab, pelakon Datuk Adi Putra membuat kejutan apabila tidak akan hadir ke tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dijadualkan di Jakarta, Indonesia.

Pelakon yang popular dengan watak Mat Kilau itu dalam meluahkan rasa kesal selepas pihak Kembara Studio Sdn Bhd susah untuk dihubungi.

Sehingga terpaksa menggunakan platform sosial media untuk menyampaikan mesejnya

““InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih.

“Akan kerana ini saya manfaatkan di sosial media agar mesej saya sampai ke pihak kembara studio dan InsyaALLAH saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih. Yang Benar, Dato’ Hj Adi Putra,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya malam ini.

Melalui hantaran itu juga, Adi secara sinis dan berseloroh akan menghadiahkan telefon bimbit kepada pihak berkenaan agar komunikasi lancar untuk berurusan.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd, andai tidak cukup handphone (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu. Handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

Dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran itu dan akan memanjangkan hal tersebut kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini