comscore
Tumpuan :
Info

Katakan Tidak Kepada ‘Mask Acne’

Mungkin ramai yang mengeluh timbul ruam atau jerawat di muka setelah seharian memakai pelitup muka.

Masalah pada permukaan kulit muka itu dikenali ‘Mask Acne’.

Tetapi jangan resah, apa kata ikuti 8 langkah pencegahan ‘Mask Acne’ yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan seperti berikut;

  1. Kerap mencuci muka dengan air suam atau pencuci muka.
  2. Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup mula.
  3. Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka.
  4. Pakai pelitup muka yang bersesuaian.
  5. Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka.
  6. Tanggal pelitup muka selama 15 minit bagi setiap empat jam.
  7. Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang.
  8. Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan.

Kesihatan perlu dijaga, muka juga perlu dijaga.

Loading...
Terkini