comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM Umum Ketetapan Baharu Pelitup Muka Rabu Ini

Foto: BH

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka pada Rabu ini.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu.

“Dulu, jawatankuasa ini hanya melihat kepada isu COVID-19, tetapi sekarang kita lihat kepada semua masalah kesihatan awam.

“Saya sudah terima syor daripada pakar-pakar kita dan masih lagi mengumpul maklum balas pandangan daripada orang ramai. Minggu depan saya akan umumkan mengenai pemakaian pelitup muka. Saya akan umumkan menjelang Rabu ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.—BERITA HARIAN

Loading...
Terkini