comscore
Tumpuan :
Info

Perkembangan Terkini Pilihan Raya Negeri Sabah di myundi

Umum tahu bahawa hari ini (26 September 2020) adalah hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah).

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini PRN Sabah secara menyeluruh menerusi portal myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

Bertindak sebagai portal sehenti bagi perkembangan pilihan raya, portal ini memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9.

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung bermula jam 8 pagi pada Sabtu.

Secara kesimpulannya, portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Portal myundi adalah inisiatif Kumpulan Media Digital Nombor 1 Malaysia, REV Media Group yang dilancarkan sebelum ini pada tahun 2018 ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Untuk tahun 2020 ini, portal myundi kini tampil dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web.

Loading...
Terkini