comscore
Tumpuan :
Info

Polis Tiada Terima Laporan Orang Awam Mengenai Zalina Azman

Zalina Azman pernah dilihat di sekitar kawasan sebuah restoran makanan segera dengan membawa beg makanan dan beg pakaian, selain memakai kasut sukan dan hanya berjalan kaki, serta berkeadaan sangat kurus.

SHAH ALAM: Sejak tersebar hebahan umum berhubung kehilangan Zalina Azman, pihak polis masih tiada menerima sebarang laporan awam berhubung bekas personaliti TV3 berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal.

“Pihak polis tiada menerima sebarang laporan polis oleh orang awam selepas hebahan dibuat,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media, hari ini.

Sejak tersebar hebahan berkenaan, muncul hantaran beberapa pengguna dalam media sosial yang mendakwa ternampak wanita mirip bekas pengacara program Money Matters itu di lokasi berbeza sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9 dan Seksyen 24

Antara dakwaan tular dalam media sosial ialah seorang wanita mirip Zalina pernah dilihat mengunjungi sebuah restoran dengan seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan, baru-baru ini.

Satu lagi dakwaan tular ialah kelibat wanita seperti Zalina pernah dilihat di sekitar kawasan sebuah restoran makanan segera dengan membawa beg makanan dan beg pakaian, selain memakai kasut sukan dan hanya berjalan kaki, serta berkeadaan sangat kurus.

Loading...
Terkini