comscore
Tumpuan :
Info

Ras Adiba Luaskan Skop Pencarian Zalina Azman

Tak putus harapan cari Zalina, pelukan erat dua tahun lalu – Ras Adiba

SHAH ALAM: Usaha pencarian bekas penyampai berita TV3 Zalina Azman mendapat perhatian sahabat sekerja.

Antaranya termasuklah Pengerusi BERNAMA Datuk Ras Adiba Radzi.

Malam tadi, Datuk Ras Adiba bersama beberapa rakan memulakan pencarian di kawasan perniagaan Uptown Seksyen 24, Shah Alam.

Selain hebahan mengenai kehilangan pada penduduk berhampiran, turut hebahan pada Kelab Sahabat Pacuan Empat Roda dan Kelab Bermotosikal Berkuasa Tinggi.

Risalah berupa gambar terkini Zalina Azman akan diedarkan ke beberapa kawasan.

Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Azman, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.

Zalina Azman dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Pada 29 November 2021, pengadu dan pakciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di ruma.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah Zalina Azman yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, namun mangsa tiada di rumah.

Loading...
Terkini