comscore
Tumpuan :
Jenayah

128 warga asing diperiksa, 29 ditahan

Oleh: Syafiqah Damanhuri

RAWANG: 128 warga asing diperiksa dan 29 daripadanya ditahan dalam satu serbuan di sebuah kilang menyimpan barang di sini.

Operasi yang dijalankan bermula jam 11.00 pagi itu mendapati mereka yang ditahan merupakan 21 warga Bangladesh dan 8 warga Nepal.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Basri Othman berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kehadiran ramai pekerja asing di kilang berkenaan pada 3 minggu lalu.

“Pemeriksaan awal mendapati mereka yang ditahan berusia 21 hingga 50 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua akan di bawa ke JIM Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.” Katanya ketika ditemui media selepas operasi dilakukan.

Hasil semakan turut mendapati ada dalam kalangan pekerja itu tinggal di kawasan kilang.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Tenaga Kerja, Abd Kadir Muhamad penginapan yang disediakan pihak majikan itu didapati tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang mana kemudahan yang tidak boleh dikongsi oleh pekerja tidak ada dan tidak lengkap.

“Majikan akan dikenakan saman hadir untuk ke Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Rawang pada 1 Julai untuk membuat semakan lanjut terhadap apa-apa sahaja kesalahan dilakukan.” Katanya.

Proses dokumentasi warga asing itu masih dijalankan dan penahanan dilakukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesalahan lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini