comscore
Tumpuan :
Jenayah

703 karton rokok cuba diseludup ke Singapura

Foto: ICA / Tiktok

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menemui 703 karton rokok tidak dibayar duti di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura.

Menurut ICA, semua barangan terlarang itu ditemui ketika rutin pemeriksaan terhadap sebuah kereta didaftarkan di Malaysia yang mahu memasuki negara berkenaan pada 19 Jun lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan, ICA menemui 703 karton rokok dan 92 paket rokok disorok di beberapa bahagian atau ruangan kereta yang diubahsuai.

“Kes berkenaan dirujuk ke Kastam Singapura bagi siasatan lanjut,” katanya menerusi video di akaun milik ICA di TikTok.

Video berkenaan turut memaparkan anggota ICA menemui pelbagai jenama rokok itu di bahagian lampu hadapan dan bahagian atas tayar hadapan.

Malah terdapat juga rokok yang disorok di bawah bonet di kereta berwarna putih berkenaan.

Loading...
Terkini