comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ada 23 rekod lampau, lelaki ditahan polis selepas dikejar 10km

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang mempunyai 23 rekod lampau kes jenayah dan dadah ditahan polis selepas dikejar kira-kira 10 kilometer (km) dalam kejadian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, turut ditahan seorang lagi lelaki yang turut mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, dua suspek yang menaiki sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dikesan ketika anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Jalan Tebrau di sini.

“Ketika ditahan untuk pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta untuk melarikan diri lalu dikejar polis kira-kira 10 km sebelum kereta suspek terbabas di Jalan Anggerik 19, Taman Johor Jaya di sini.

“Kita kemudian berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki tempatan berusia 28 dan 36 tahun itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek pertama

mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah dan 13 rekod kesalahan dadah, manakala seorang lagi suspek mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek pertama didapati positif methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ,” jelasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini