comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ahli Perniagaan Direman Dipercayai Terlibat Pengubahan Wang Haram

Seorang ahli perniagaan direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram.

Suspek berusia 43 ditahan kira-kira jam 5.20 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek dipercayai memperolehi wang menerusi penjualan kereta Ferrari bernilai hampir RM1 juta bukan miliknya bagi membeli sebuah kereta Lamborghini bernilai RM1.8 juta untuk dirinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Loading...
Terkini