comscore
Tumpuan :
Jenayah

Akaun Facebook palsu guna nama Timbalan Perdana Menteri 

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu.

Menerusi hantaran ringkas di FB rasminya, beliau berkata, ia akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, berkata aduan telah dibuat kepada pihak FB untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu terbabit.

Pemeriksaan BERNAMA di FB ‘Haji Fadillah Yusuf’ mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 rakan dengan ‘posting’ pertama pada 12 November lalu yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.

Pada 20 November lalu, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta FB palsu. – BERNAMA

Loading...
Terkini