comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bekas Ketua Gudang Logistik Terima Habuan Lebih RM20,000 Ditahan SPRM

 

 

PETALING JAYA: Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima habuan lebih RM20,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan tenaga kerja bernilai kira-kira RM5 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan umur lewat 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang hari ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai ketua gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi, esok.

ENDS/

Loading...
Terkini