comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ceroboh perairan negara, empat nelayan warga asing ditahan

Empat nelayan warga Indonesia ditahan APMM Pulau Pinang di Pulau Kendi kerana menceroboh perairan negara. -FOTO: Ihsan APMM

GEORGE TOWN: Bot dikendalikan empat nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang kerana didapati menceroboh perairan negara, semalam.

Pengarah APMM Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan dikesan pada kedudukan 27 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi.

Penahanan dilakukan pada 10.13 pagi ketika pasukan berkenaan melaksanakan rondaan Op Tanjung.

“Pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan berpangkalan di Pantai Labu, Deli Serdang, Sumatera Utara.

“Ia dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Indonesia yang berusia antara 17 hingga 33 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketika pemeriksaan, kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Bot bersama kru serta peralatan menangkap ikan disita dan ditahan, seterusnya dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung, sebelum diserah kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Loading...
Terkini