comscore
Tumpuan :
Jenayah

Cip kasino bernilai RM4.6 juta dicuri

Foto hiasan

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan kes kehilangan cip kasino bernilai RM4,607,800 dari bilik kasino Genting Highlands, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan daripada pengurusan keselamatan kasino pada jam 6.30 petang, 28 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan, Supt. Zaiham berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Loading...
Terkini